Sunday, June 16, 2019

NIlai Tinggi Ulam Peria Katak dan Belimbing Busuk


Bukan sekadar mitos. Nilai Tinggi Ulam Peria Katak dan Belimbing Busuk. Menurut artikel daril blog
https://tefikir.blogspot.com/2019/06/ulam-peria-katak-belimbing-busuk.html

Penyelidik UPM jumpa kaedah baru gunakan ekstrak peria Katak dan Belimbing Busuk  Inovasi Pencuci Luka pesakit Diabetes.
Baru kita tau.. sekecil2 peria katak.. tinggi nilainya selain di buat ulam je.

Berinspirasikan pengalaman mencuci luka pesakit diabetes 3 tahun lalu, Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM telah berjaya menghasilkan inovasi Medicated Wound Dressing iaitu inovasi pencuci luka yang menggunakan teknologi hijau bersumberkan peria katak yang dapat dihasilkan dengan kos yang rendah dan lebih efektif pada sesi Sidang Media Putracipta di Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia
Menurut beliau, Malaysia mempunyai kira-kira tiga juta pesakit yang menghidap penyakit kencing manis dan merupakan kadar pesakit yang tertinggi di Asia. Dengan jumlah tersebut, lebih daripada RM2.04 billion setahun telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk merawat pesakit kencing manis dan sebahagiannya digunakan untuk membayar kos pencucian luka pesakit-pesakit tersebut menggunakan produk pencuci luka import yang berkos tinggi. Sumber berita di sini. 
“Inovasi Medicated Wound Dressing adalah produk yang berasaskan penggunaan nanoselulosa yang dihasilkan oleh bakteria yang ditemui dalam buah yang rosak seperti buah belimbing. Nanoselulosa tersebut kemudiannya digabungkan dengan bahan nano yang telah disintesis dari peria katak untuk menghasilkan produk baharu dikenali sebagai bahan komposit selulosa bakteria nano partikel perak atau komposit ‘hijau’”, katanya.
Komposit ‘hijau’ adalah produk baharu dan ‘novel’ untuk bahan penyembuh dan pencucian luka yang kronik. Inovasi ini juga menunjukkan proses dan ciri-ciri yang ekonomik, mesra alam dan mempunyai ciri-ciri penting anti-mikrob. Berbeza dengan harga produk penyembuh luka import yang mahal di pasaran, produk Medicated Wound Dressing dapat dihasilkan pada harga yang berpatutan.
“Antara kelebihan produk ini ialah ia boleh digunakan secara terus pada luka sebagai gel penyembuh, atau boleh disediakan sebagai lapisan dalam balutan luka, atau dijadikan sebagai cecair penyembur.” Katanya.

6 comments:

Mohamad Azizan said...

Formulasi yang baik malangnya susah untuk mendapatkannya

Rosnah said...

Kat mana boleh beli dan dan brapa RM?

Unknown said...

Nak beli kat mana ye?

aaa said...

Produk ni sudah ada di pasaran ke?

Unknown said...

Dimana boleh dapatkan product ni.sudah ada di pasaran ke.

Unknown said...

Dimna boleh dapatkan product ni