Tuesday, October 1, 2019

Penggalak Fotosintesis - Inovasi Cetusan Firasat



Menyedari sifat photoluminescent CQD yang unik dan saiznya yang berskala nano, memberikan saya firasat bahawa ia dapat membantu fotosintesis. Pencarian yang teliti di dalam literature menunjukkan bahawa idea ini masih baharu. Tambahan pula, teknologi kami untuk menghasilkan CQD melalui proses yang hijau, mudah dan boleh diskala besarkan, telah membuka jalan untuk menjadikan ciptaan ini realiti, bukan sekadar angan-angan.


Thursday, September 5, 2019

Diagnostic for leptospirosis

Leptospirosis, currently a worldwide zoonotic disease, has been recognized as an important emerging infectious disease in the past few decades. The clinical manifestations of leptospirosis are nonspecific and may resemble those of other diseases, such as dengue fever, often causing misdiagnosis. There was report from Malaysia showed about 38% cases were misdiagnosed as dengue. Early diagnosis of the disease is crucial for early interventions, but current diagnostic methods are not useful in early diagnosis, costly or often not readily available in many resource-poor countries. Thus, no diagnostic technique is completely satisfactory, and the absence of an adequate laboratory test remains the key barrier for diagnosis of this disease. Therefore, availability of a rapid, sensitive and cost-effective point-of-care diagnostic test is essential to diagnose the disease for early treatment regimen before the disease aggravate.

Full article

Tuesday, August 13, 2019

Artiekl Sains Bulan Ini - Jambatan Rosak

Jambatan Rosak Betulkan Pakai Getah je

The developed Rubber Damper Device consists of a tube cylinder with inner core which is moving inside the cylinder. The high damping visco-elastic material such as high damping rubber is mounted between the inner core and outer tube and bounded to both surfaces as energy dissipator members to absorb vibration loads.
During bridge or structural movement, the vibration is transferred to the inner core which is moving inside the outer cylinder. Therefore, the high damping rubber which located between the inner core and outer tube, dissipate the vibration effect by shear stiffness and damping action of rubber materials.
The experimental testing results for fabricated rubber damper device in lab scale which conducted using dynamic actuator at UPM, indicating 30% higher performance in comparison to viscous dampers and less manufacturing cost and also it is maintenance free (almost 30 years).

Monday, July 29, 2019

Artikel Sains Kali ini


Antaranya 
"Kuprum merupakan unsur penting dalam alam sekitar dan tubuh manusia kerana ia membantu tubuh membentuk sel darah merah dan memelihara sel-sel saraf dan sistem imun yang sihat. Ia juga membantu membentuk kolagen, yang merupakan bahagian utama tulang dan tisu penghubung. Oleh itu, kekurangan tembaga menyebabkan gangguan haematologi dan neurologi."...
Sumber rujukan : boleh layari web www.sciencepark.upm.edu.my

#jomsebarilmusains

Sunday, June 16, 2019

NIlai Tinggi Ulam Peria Katak dan Belimbing Busuk


Bukan sekadar mitos. Nilai Tinggi Ulam Peria Katak dan Belimbing Busuk. Menurut artikel daril blog
https://tefikir.blogspot.com/2019/06/ulam-peria-katak-belimbing-busuk.html

Penyelidik UPM jumpa kaedah baru gunakan ekstrak peria Katak dan Belimbing Busuk  Inovasi Pencuci Luka pesakit Diabetes.
Baru kita tau.. sekecil2 peria katak.. tinggi nilainya selain di buat ulam je.

Berinspirasikan pengalaman mencuci luka pesakit diabetes 3 tahun lalu, Prof. Dr. Rosfarizan Mohamad daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM telah berjaya menghasilkan inovasi Medicated Wound Dressing iaitu inovasi pencuci luka yang menggunakan teknologi hijau bersumberkan peria katak yang dapat dihasilkan dengan kos yang rendah dan lebih efektif pada sesi Sidang Media Putracipta di Putra Science Park, Universiti Putra Malaysia
Menurut beliau, Malaysia mempunyai kira-kira tiga juta pesakit yang menghidap penyakit kencing manis dan merupakan kadar pesakit yang tertinggi di Asia. Dengan jumlah tersebut, lebih daripada RM2.04 billion setahun telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk merawat pesakit kencing manis dan sebahagiannya digunakan untuk membayar kos pencucian luka pesakit-pesakit tersebut menggunakan produk pencuci luka import yang berkos tinggi. Sumber berita di sini. 
“Inovasi Medicated Wound Dressing adalah produk yang berasaskan penggunaan nanoselulosa yang dihasilkan oleh bakteria yang ditemui dalam buah yang rosak seperti buah belimbing. Nanoselulosa tersebut kemudiannya digabungkan dengan bahan nano yang telah disintesis dari peria katak untuk menghasilkan produk baharu dikenali sebagai bahan komposit selulosa bakteria nano partikel perak atau komposit ‘hijau’”, katanya.
Komposit ‘hijau’ adalah produk baharu dan ‘novel’ untuk bahan penyembuh dan pencucian luka yang kronik. Inovasi ini juga menunjukkan proses dan ciri-ciri yang ekonomik, mesra alam dan mempunyai ciri-ciri penting anti-mikrob. Berbeza dengan harga produk penyembuh luka import yang mahal di pasaran, produk Medicated Wound Dressing dapat dihasilkan pada harga yang berpatutan.
“Antara kelebihan produk ini ialah ia boleh digunakan secara terus pada luka sebagai gel penyembuh, atau boleh disediakan sebagai lapisan dalam balutan luka, atau dijadikan sebagai cecair penyembur.” Katanya.

Wednesday, June 12, 2019

Berita Inovasi

Jom baca berita berkaitan aktiviti inovasi dan pengkomersilan UPM