Wednesday, July 11, 2018

Khasiat daun kelor Chewable Moringa Fruity Tablets


Serbuk daun Moringa Olifera mengandungi anti-oksidan, sebatian anti-radang, fenolik,  flavonoid dan protein lengkap dengan amino asid penting untuk kesihatan. Daun segar yang mempunyai kandungan lembapan yang tinggi dan rasa pahit apabila dikeringkan menjadikan daun ini sangat mudah rosak dan sukar ditelan secara mentah atau secara terus. 
Chewable Moringa Fruity Tablets adalah formulasi unik daun Moringa Oleifera yang mudah dikunyah, berkhasiat, semula jadi, menjimatkan dan boleh dijadikan sebagai makanan tambahan untuk semua peringkat umur. Inovasi ini menggunakan serbuk buah sebagai pengikat semulajadi (natural binder). Tahap piawaian tablet yang dicipta telah dilakukan mengikut parameter yang ditetapkan oleh Food and Drug Administration of United State (FDA) dan International Pharmacopeia untuk tablet mudah terurai (disintegrating tablets). 
Inovasi ini dibangunkan untuk mempromosikan daun Moringa Oleifera sebagai suplemen multivitamin yang murah serta dapat memenuhi tahap multivitamin yang hilang dalam makanan untuk masyarakat kurang berkemampuan di seluruh dunia. Sekiranya seorang dewasa mengambil lima tablet setiap hari, tablet ini boleh memenuhi 100% RDA vitamin A (β-karoten) daripada sumber semulajadi yang asli. 
Kelebihan
  1. Tablet yang diformulasikan dengan daun Moringa asli bersama-sama dengan bahan semulajadi yang lain ini boleh dikunyah dan murah. Suplemen multivitamin yang sedia ada dipasaran adalah mahal dan disediakan bersama bahan sintetik dan perlu melalui banyak operasi unit dan rawatan haba.
  2. Formulasi disediakan dengan kaedah pembuatan mudah (mampatan langsung) dan anggaran kos tablet bagi skala makmal adalah rendah (RM 0.10 / tablet) berbanding dengan multivitamin dan suplemen yang sedia ada di pasaran.
  3. Merupakan multivitamin Orally Disintegrating Tablet (ODT) berasaskan herba yang mempunyai tablet dengan kekerasan yang optimum, cepat hancur tanpa air, hanya dalam masa kira-kira 60 saat dan “friability” kurang daripada 1%.
  4. Serbuk daun Moringa tulen mempunyai rasa yang sangat pahit dan sukar ditelan. Formulasi Moringa ODT menyembunyikan rasa pahit daun Moringa dan menjadikannya enak dan sedap apabila dimakan.
  5. Pengguna terutamanya kanak-kanak yang mempunyai kesukaran untuk menelan tablet, boleh menelan Chewable Moringa Fruity Tablet secara terus dengan mudah disebabkan rasa tablet yang seperti gula-gula yang terhasil daripada superdisintegrant semula jadi (serbuk buah), rasa vanila dan kesan penyejukan manitol.

artikel lanjut 

http://www.sciencepark.upm.edu.my/artikel/chewable_moringa_fruity_tablets-40795

Sistem Pengasingan Tempurung dan Sabut Buah Kelapa Sawit

Lagi kongsi inovasi baharu ..
MICRONES : Sistem Pengasingan Tempurung dan Sabut Buah Kelapa Sawit
Dua langkah merekacipta yang baru mampu untuk menggantikan kaedah pengkisaran tradisional untuk memaksimumkan pengeluarkan minyak kelapa sawit daripada sabut mesokarpa tanpa kehadiran kacang kernel, dengan itu dapat meningkatkan perolehan minyak and isirong minyak sawit mentah dari tandan buah kelapa sawit segar.
 Isu
Proses pengekstrakan bukan saja merupakan proses kritikal dalam pengekstrakan minyak sawit di mana minyak dipisahkan dari hampas pepejal, tetapi ianya juga proses di mana sebahagian besar daripada kehilangan minyak berlaku.  Walaupun proses pengsterilan yang efisen merupakan langkah pertama yang kritikal untuk memastikan pengekstrakan minyak yang tinggi, pengekstrakan yang tidak cekap akan menghalang faedah pengsterilan baik daripada direalisasikan.  Telah dibuktikan bahawa pengekstrakan yang efisen mampu menampung kekurangan pengsterilan yang tidak cekap.  Walau penting sekalipun proses dalam pengekstrakan minyak dalam pengilangan kelapa sawit, cara pengekstrakan tidak berubah semenjak zaman Tan Sri Bek-Nielsen dari United Plantation yang diilhamkan dari kerja Unilever di Mongana, Belgium Congo di awal tahun 50an. 

lagi artikel penuh
http://www.sciencepark.upm.edu.my/artikel/micrones_sistem_pengasingan_tempurung_dan_sabut_buah_kelapa_sawit-40797