Wednesday, May 22, 2019

Artikel Sains Berkaitan - Inovasi Kesedaran Leptospirosis


The Adventure of Leptospires adalah permainan RPG yang direka untuk kempen kesedaran leptospirosis kepada orang awam. Permainan RPG ini dihasilkan berdasarkan jalan cerita mengenai seorang saintis (pemain) dihantar ke sebuah perkampungan untuk menyiasat kematian misteri penduduk kampong selepas menyambut satu festival. Permainan ini mempunyai 3 tahap. Ia mengambil masa 15 minit maksimum untuk menghabiskan semua tahap. Tahap pertama, mendedahkan pemain mengenai apa itu leptospirosis.
Pameran mengetengahkan penyelidikan dan penemuan saintifik yang diolah dalam bentuk karya seni dan artifak bertujuan untuk menggalakkan minat dan memupuk penghayatan sains di kalangan umum. Merangkumi pelbagai bidang pengajian daripada sains pertanian dan alam sekitar kepada biologi dan teknologi maklumat, dan banyak lagi, NYAWA menampilkan pelbagai karya seni di bawah tema tahun ini iaitu ‘Dari Bumi ke Langit’

No comments: